Kelas Mahir Pertanian Pintar (Minggu 5 –Pengurusan Kawalan Kulat & Serangan Perosak)
22 Februari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 21 Februari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-5 iaitu Pengurusan Kawalan Kulat & Serangan Perosak. Guru mahir memberi penerangan mengenai pengurusan serangga perosak dan kawalan serta menerangkan mengenai kawalan semburan racun serangga seperti Deltamethrin, Cypermenthrin, Cyfluthrin, Beta-cyfluthrin dan Profenofos. Selain itu, guru mahir memberi penerangan mengenai penyebab penyakit patogen seperti kulat, virus dan viroid, protozoa, bakteria dan nematod. Cabaran dalam pengurusan kawalan kulat & serangan perosak ialah mengurangkan penyebaran penyakit, mengurangkan kejadian penyakitdan mengubat tanaman yang sakit. Modul minggu ini menitikberatkan pada pengurusan kawalan kulat & serangan perosak supaya tanaman menjadi subur dan lebih efektif.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: